- Manusia diciptakan dari tanah."Nabi Adam a.s telah dicipta dari tanah liat".
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
(Surah Al-Hijr 15:26)
2. Dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki."Siti Hawa telah dicipta dari tulang rusuk Nabi Adam a.s".
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(Surah An-Nisa' 4:1)
3. "Nabi Isa a.s dicipta tanpa bapa".
Maksudnya: Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
(Surah Maryam 19:35)
4. Dari setitis air mani "Manusia biasa dicipta melalui proses yang memerlukan cantuman mani dalam rahim manusia".
Maksudnya: Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
(Surah Al-Qiaamah 75:37)
Maksudnya: Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
(Surah Al-Qiaamah 75:38)
Maksudnya: Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
(Surah Al-Qiaamah 75:39)
Maksudnya: Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
(Surah Al-Qiaamah 75:39)

No comments:
Post a Comment